Negeri Sembilan raih tiga mata selepas tewaskan Selangor

SEREMBAN – Negeri Sembilan meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Selangor United 3-0 dalam saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Pemain import dari Jepun, Shunsuke Nakatake menjaringkan gol pertama Negeri Sembilan pada minit ke-13 melalui sepakan percuma di luar kotak penalti lawan selepas penyer4ng tuan rumah, Igor Carneiro Luiz dijatuhkan pemain Selangor United.

Negeri Sembilan yang mengalami dua kekalahan berturut-turut menggiatkan ser4ngan namun gagal meraih gol tambahan pada separuh masa pertama.

Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan berhempas pulas merancakkan permainan yang banyak berlegar di tengah padang.

Pada minit ke-70, tuan rumah menambah jaringan melalui Jose Almir Barros Neto yang menyambut hantaran silang di depan pintu gol Selangor United dengan rembatan kaki kanan menumpaskan penjaga gol Damien Lim Chien Khai.

Negeri Sembilan melebarkan jaringan dengan gol ketiga melalui Igor Carneiro pada minit ke-88 hasil hantaran satu dua antara pemain itu dengan Jose Almir.

Jurulatih Selangor United, Abd. Talib Sulaiman menggunakan sepenuhnya kuota tiga pemain gantian, namun ia gagal menghasilkan sebarang gol bagi pelawat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*