Neymar bakal ke Old Trafford?

LONDON – Manchester United dikatakan bersedia mengambil langkah mengejut membawa Neymar ke Old Trafford jika bintang Brazil itu dilepaskan oleh Paris Saint-Germain (PSG).

Neymar, 27, yang menyertai PSG dari Barcelona menerusi yuran perpindahan 198 juta pound (RM1.03 bilion) pada 2017 telah meled4k 58 gol daripada 51 penampilan buat gergasi bola sepak Perancis itu.

Bagaimanapun pelbagai 1su yang menghantui penyer4ng tersebut sejak beberapa bulan lalu mendorong PSG untuk melepaskannya.

Pemilik kelab, Nasser Al Khelaifi memberi bayangan sedia menjual Neymar kerana tidak mahu menyimpan ‘diva’ di dalam pasukan.

Pengurus pasukan, Thomas Tuchel pula menegaskan, dia mahu mengurangkan ego dalam pasukannya.

“Keadaan harus diubah sepenuhnya. Pemain-pemain ini perlu bekerja lebih keras.

“Tidak boleh berseronok, dan kalau mereka tidak bersetuju, pintu sentiasa terbuka, ciao! (selamat tinggal). Saya tidak mahu lagi melihat selebriti (diva),” kata Nasser dalam temu bual bersama France Football semalam.

Akhbar Sepanyol, Sport percaya, perkembangan itu meletakkan United dalam keadaan bersiap sedia, apatah lagi tidak banyak kelab yang mampu membayar harga tinggi untuk membeli pemain tersebut.

Neymar bagaimanapun dikatakan lebih berminat untuk kembali ke La Liga sekiranya dilepaskan oleh PSG, dan Barcelona telah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan semula khidmat bekas pemainnya.

Bagaimanapun, Real Madrid yang sedang memburu bintang-bintang dunia bagi melengkapkan skuad ‘Galacticos’ sedia bersaing mendapatkan Neymar.

United yang mungkin kehilangan bintang tengah Perancis, Paul Pogba mengikuti rapat perkembangan Neymar dan bersedia mengorak langkah pada bila-bila masa.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Patutla sukar buat De Ligt sertai Man Utd

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*