Red Warriors ikat JDT II

KOTA BHARU – Peletakkan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak melenturkan semangat The Red Warriors (TRW) apabila berjaya mengikat pendahulu Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 1-1 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang tadi.

Turun dengan misi memburu mata, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal pelawat menerusi sepakan penalti bekas penyer4ngnya, Mohammad Ghaddar seawal minit keenam.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit menerusi beberapa peluang terhidang, namun gagal menembusi benteng pertahanan pelawat.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menggandakan asakan ke kubu lawan, meskipun beraksi di atas permukaan padang becak akibat hujan lebat.

Usaha Kelantan mendapatkan jaringan penyamaan akhirnya tiba pada minit ke-57 menerusi rembatan jauh Muhammad Azwan Aripin yang gagal diselamatkan penjaga gol, Muhammad Haziq Nazli.

Keputusan 1-1 itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan meraih mata berharga dalam usaha membebaskan diri daripada zon penyingkiran ke Liga M3 musim depan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*