Mourinho bakal sertai Portugal?

LONDON – Jose Mourinho mengakui dia kini sedang mencari tugas sebagai jurulatih skuad kebangsaan buat kali pertama dalam karier kejurulatihannya.

Bekas bos Manchester United, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Porto itu menganggur sejak kelihatan jawatannya di Old Trafford pada Disember lalu.

Terdapat banyak destinasi yang dikaitkan dengan dirinya namun Mourinho mahu sesuatu kelainan.

“Saya mahu bersaing dalam kejohanan yang baharu.

“Saya fikir tentang Piala Dunia dan Kejohanan Eropah (Euro).

“Saya sudah mempunyai keinginan sejak dahulu lagi untuk berdepan dengan cabaran seperti ini. Buat masa sekarang, saya melihat diri saya lebih berminat untuk mengemudi skuad kebangsaan berbanding kelab.

“Adakah Portugal pasukan tepat untuk saya? Tidak semestinya,” kata Mourinho.

Bagaimanapun, terdapat cakap-cakap bahawa Mourinho sedang mempertimbangkan untuk menerima jawatan di Stamford Bridge selaku pengurus buat kali ketiga tetapi Frank Lampard menjadi pilihan untuk mengambil alih Chelsea selepas Maurizio Sarri meninggalkan kelab tersebut. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*