Perbezaan peranan Shahrel Fikri ketika bersama Harimau Malaya, Perak dan Nakhon Ratchasima FC

Shahrel Fikri Md. Fauzi, 24 tahun mencur1 tumpuan ramai peminat bola sepak tempatan apabila beliau berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan timbal balik pusingan 1 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini. Malah penyer4ng yang bermain bersama pasukan Perak pada musim ini turut dicanang sebagai jawapan kepada posisi No.9 tulen skuad Harimau Malaya setelah ketiadaan Safee Sali.

Bagaimanapun, peranan yang dimainkan oleh pemain yang turut mesra disapa dengan panggilan Eki di skuad kebangsaan, Harimau Malaya berbeza dengan peranan yang dimainkan olehnya di peringkat saingan domestik bersama Perak dan juga bekas kelabnya musim lalu, Nakhon Ratchasima FC di Liga Thailand.

Foto: Astro Arena

Dalam satu program temubual rancangan Formasi terbitan Astro Arena, pengulas Liga Super, Keeshanan Sundaresan mendapatkan respon secara langsung daripada penyer4ng kebangsaan dan Perak FA, Shahrel Fikri berkenaan perbezaan arahan, tugasan dan peranan yang diberikan kepadanya ketika bermain bersama ketiga-tiga pasukan tersebut.

Posisi pasukan Harimau Malaya


Foto: Astro Arena

Beraksi bersama pasukan kebangsaan, beliau sering diturunkan sebagai penyerang kedua dibelakang Norshahrul Idlan Talaha. Jelasnya, jika bermain di posisi tersebut, beliau perlu memastikan dirinya tidak turun terlalu bawah mengatasi posisi ‘central midfield’ yang diisi oleh Akram Mahinan dan Azam Azih seperti perlawanan menentang Timor Leste, tempoh hari.

Dan jika diletakkan di posisi penyerang paling puncak, Shahrel Fikri perlu memastikan dirinya sentiasa berada di kawasan kotak penalti dan menunggu lorongan-lorongan bola daripada rakan sepasukan sebelum melakukan tindakan terakhir iaitu melakukan percubaan ke arah gawang lawan.

“Pertama sekali, Coach Tan memberitahu, saya tidak boleh turun terlalu bawah sebab ada Akram (Mahinan) dan Azam (Azih), jadi saya hanya perlu bergerak untuk mengisi di bahagian ini (merujuk kepada bahagian ‘half-space’ kiri dan kanan kotak penalti).

“Sebabnya, kita tahu, Akhyar lari ke sini (merujuk bahagian sayap kiri) dan saya hanya perlu meminta bola untuk tarik pertahanan (keluar dari posisinya).

“Jika saya bermain di tempat Matyo (Norshahrul Idlan Talaha), saya hanya perlu duduk di sini (di posisi paling puncak) tidak perlu untuk ke bawah sangat kerana akan menarik pertahanan ke bawah.” katanya kepada Keeshanan Sundaresan.

 

Posisi pasukan Perak FA


Foto: Astro Arena

Bersama pasukan Perak FA yang dikendalikan oleh Mehmet Durakovic, beliau banyak diturunkan sebagai pemain sayap. Ada beberapa faktor yang menjadi justifikasi Mehmet Durakovic meletakkan dirinya di posisi tersebut pada pandangan Eki.

Antaranya, Perak memiliki dua gandingan pemain serangan yang berkualiti dari Brazil, persaingan yang terlalu tinggi untuk merebut tempat serta kelajuan dan gelecekan yang dimiliki oleh Shahrel Fikri boleh digunakan untuk menembusi pertahanan lawan menerusi bahagian sayap.

“Perbezaan paling ketara adalah di Perak, kita ada dua (pemain) import yang sebegini (penyerang berkembar), jadi saya tiada peluang berada dalam posisi ini. Oleh itu, Coach Mehmet lebih suka meletakkan saya di bahagian kanan (sayap) sebab dia tahu saya punya kepantasan untuk berada di sini, untuk menyerang bersama dua (pemain) import inilah.

“Apabila saya bermain di sayap kanan, saya perlu lebih kerap turun membantu (Amirul) Azhan di bahagian (pertahanan) kanan. Jadi, saya punya tenaga untuk bermain (bertahan) sehingga separuh masa pertama sahaja. Kemudian, memasuki separuh masa kedua, saya punya tenaga agak menurun, dan masa itu Coach Mehmet bagitahu saya perlu ditukarkan sebab saya sudah tidak efektif di bahagian ini. Kerana saya telah penat.” jelasnya lagi dalam rancangan tersebut.

 

Posisi pasukan Nakhon Ratchasima FC


Foto: Astro Arena

Umum tahu, musim lalu, Shahrel Fikri menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan apabila beliau menarik minat pasukan yang bersaing dalam divisyen tertinggi Liga Thailand iaitu Nakhon Ratchasima FC mendapatkan khidmatnya. Justeru, pasukan tersebut membuat keputusan untuk meminjam beliau selama setengah musim daripada PKNP FC dan memberikan beliau peluang untuk bermain di sana.

Bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC, beliau juga diletakkan di posisi sayap, namun berbeza dengan pasukan Perak pada musim ini, di sana beliau diletakkan di bahagian sayap kiri. Jurulatih Nakhon Ratchasima mahu Shahrel Fikri masuk ke dalam kotak penalti dari bahagian kiri dan mencari peluang untuk melakukan lorongan kepada penyer4ng ataupun melakukan percubaan menggunakan kaki dominannya, kaki kanan.

Dan beraksi di posisi tersebut, Shahrel Fikri tidak dapat lari daripada melakukan tugasan bertahan apabila pihak lawan menyer4ng untuk membantu memberikan perlindungan kepada bek kiri mereka selain daripada berfungsi untuk memadatkan kawasan sendiri seterusnya menyukarkan pihak lawan menembusi mereka.

“(Posisi saya di Nakhon Ratchasima) sama juga seperti saya beraksi di PKNP FC, coach banyak letak saya di bahagian kiri sebab mereka juga ada (pemain) import (penyerang) daripada Brazil dan mampu menjaringkan gol. Jadi, dia harapkan saya boleh ‘assist’ dan masuk ke dalam (kotak penalti) untuk menjaringkan gol. Sebabnya saya berkaki kanan, jadi masuk dan ‘cut back’.

“Sudah semestinya, sebab saya bermain di sini (sayap kiri) jadi kita kena turun dan memadatkan (pertahanan) untuk menyukarkan pihak lawan untuk masuk.” ulasnya berkongsi pengamalam separuh musim dalam saingan Liga Thailand.

Featured Image: Football Association of Malaysia (FAM)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*