Safee Sali masih minat beraksi bersama Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – “Tipu lah kalau diri saya ingin menolak panggilan skuad kebangsaan.”

Itulah reaksi bekas penyer4ng kebangsaan dan pemenang kasut emas Piala AFF 2010, Mohd. Safee Sali apabila ditanya jika masih mempunyai minat untuk menyarung jersi kebangsaan.

Penyer4ng veteran berusia 35 tahun yang telah mencetak 23 gol dalam 73 penampilan untuk skuad kebangsaan, berkata sekiranya dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, beliau sedia membuktikan kebolehannya.

“Bagi saya, jika dipanggil (ke kem latihan pasukan kebangsaan), saya harus bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Jika diberi peluang, saya rasa saya tiada masalah untuk saya membuktikan,” katanya selepas aksi Liga Super antara Petaling Jaya (PJ) City FC dan Felda United FC, malam tadi.

Dalam aksi tersebut, Mohd. Safee menjaringkan gol ketiga beliau bagi musim ini untuk membantu PJ City FC mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menentang pasukan tercorot liga di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : BERNAMA via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*