Jangan gunakan Neymar sebagai alasan – Tite

SALVADOR – Ketiadaan Neymar dalam skuad Brazil bagi saingan Copa America bukan alasan untuk pasukan itu seri tanpa sebarang jaringan dengan Vanezuela dalam aksi peringkat kumpulan, kata Tite.

Tuan rumah, Brazil, telah dicemvh penyokong sendiri di Salvador selepas beberapa siri ulang tayang VAR menafikan jaringan Gabriel Jesus, Philippe Coutinho dan Roberto Firmino.

Skuad kendalian Tite kekal mendahului Kumpulan A, cuma dipisahkan dengan perbezaan jaringan dengan Peru dan kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam aksi kumpulan terakhir Sabtu ini.

Seandainya seri, Vanezuela masih berpeluang merebut slot ke suku akhir kejohanan itu.

Neymar mengalami kecedera4n buku lali ketika aksi persahabatan berdepan Qatar hingga memaksanya terlepas saingan Copa.

Walaupun Tite mengakui ketiadaan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu terasa, dia percaya bakat yang dimiliki skuadnya sudah mencukupi.

“Mana-mana pasukan akan merindui Neymar. Dia dalam kalangan tiga terbaik dunia.

“Tetapi saya mahu bercakap mengenai pasukan ini. Mereka mampu bangkit. Kami perlu lebih konsisten, memperkemaskan lagi hantaran dan melakukan keputusan tepat.

“Brazil masih mampu meneruskan saingan tanpa Neymar atau mana-mana pemain yang lain,” kata Tite.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*