Salah layak diangkat sebagai pemain terbaik dunia – Ahmed

JOHANNESBURG – Kapten Mesir, Ahmed Elmohamady percaya Mohamed Salah berhak diangkat sebagai salah seorang daripada tiga pemain terbaik dunia.

Bintang sensasi Liverpool itu, menikmati satu lagi musim yang cemerlang bersama Reds dengan meled4k 27 gol dalam semua kejohanan untuk membantu pasukannya menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali keenam.

Salah akan memimpin Mesir untuk memburu gelaran kelapan Piala Negara-Negara Afrika bermula awal pagi Sabtu ini.

Elmohamady berkata Salah berhak berada dalam kalangan pemain terbaik dunia, seiring dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

“Salah kini salah seorang daripada tiga pemain terbaik dunia. Ini merupakan satu lonjakan buat negara dan pasukan Mesir.

“Kehadiran Salah mampu meningkatkan kualiti mana-mana pasukan. Semua orang menjangkakan persembahannya, jadi kehadiran Salah bersama Mesir adalah sangat bagus.

“Setiap pemain memiliki kelebihan dan peranan bersama skuad Mesir. Kami bermain sebagai satu pasukan. Tahap keyakinan positif hadir dalam pasukan dengan impak yang dibawa oleh Salah,” katanya.

Mesir diundi dalam Kumpulan A bersama Republik Demokratik Congo, Uganda dan Zimbabwe bagi kejohanan yang dijadual berlangsung pada 21 Jun hingga 19 Julai dan memburu gelaran kelapan Afrika.

Pasukan kendalian Javier Aguirre akan membuka saingan Piala Negara-Negara Afrika menentang Zimbabwe , Sabtu ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*