Gol lewat Zapata bawa Colombia ke suku akhir

SAO PAULO: Gol lewat permainan Duvan Zapata, kedua buatnya dalam dua perlawanan, memberikan Colombia kemenangan 1-0 mengatasi Qatar sebentar tadi dan memastikan tempat ke suku akhir Copa America.

Zapata melonjak tinggi berbaki lima minit permainan untuk menanduk masuk hantaran lintang James Rodriguez seterusnya memecah kebuntuan pada saingan di Stadium Morumbi.

Keputusan itu bermakna Colombia, yang menewaskan Argentina 2-0 pada perlawanan pembukaan, kini mengumpul enam mata dan mendahului Kumpulan B, dengan Argentina juga bermain sebentar lagi menentang Paraguay.

Qatar mengumpul satu mata selepas seri 2-2 menentang Paraguay Ahad lalu tetapi masih boleh layak ke kelompok lapan terakhir.

Colombia lebih baik pada babak pertama dengan jaringan Roger Martinez tidak dikira kerana ofsaid hanya selepas lima minit dan tandukan Rodriguez tersasar lapan minit selepas itu.

Juara Asia, Qatar satu daripada dua bukan pasukan dari Amerika Selatan dijemput bagi kejohanan berkenaan, meningkat pada babak kedua tetapi ketika perlawanan tampak berkesudahan seri tanpa jaringan, Zapata memberikan mata penuh buat Colombia.

“Kami berada di landasan yang betul tetapi perjalanan masih jauh daripada apa yang kami mahukan,” kata Rodriguez.

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*