Aksi Uruguay-Chile jadi perlawanan paling manarik tumpuan

RIO DE JANEIRO: Pertembungan antara juara bertahan Chile dan juara 15 kali Uruguay di Stadium Maracana esok (7 pagi Selasa) bakal menjadi antara perlawanan paling menarik tumpuan pada edisi Copa Amerika kali ini.

Ia menggamit kembali memori kontr0versi yang menyelubungi pertembungan antara seteru Amerika Selatan itu pada tahun 2015.

Uruguay, juara bertahan ketika itu, menamatkan aksi suku akhir di Santiago dengan sembilan pemain selepas Edinson Cavani dan Jorge Fucile dibuang padang dalam kekalahan 1-0 itu.

Kad merah Cavani paling mencetus kontr0versi apabila dia dilayangkan kad kuning kedua selepas minit ke-60 kerana men4mpar muka pertahanan Chile Gonzalo Jara.

Reaksi Cavani itu berpunca daripada tindakan Jara menjolok punggvng penyera4ng Uruguay itu dengan jarinya tetapi tidak dikenakan tindakan.

Uruguay cuba bertahan tetapi tewas dengan jaringan Mauricio Isla 10 minit sebelum tamat permainan.

Permainan semakin tegang di minit akhir apabila Fucile pula dilayangkan kad merah dan mencetus pertengkaran di antara pemain dan pegawai daripada kedua-dua pasukan.

Cavani dan Jara masing-masing digantung dua perlawanan manakala pengendali Uruguay Oscar Tabarez yang mencer0boh ke dalam padang, digantung tiga perlawanan kerana mengh1na pengadil.

Ia bukan kali pertama Jara terbabit dalam kontr0versi serangan seksval ke atas pemain Uruguay.

Pada tahun 2013, dia menyentvh kemalvan Luis Suarez dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sehingga menyebabkan penyer4ng Uruguay itu menvmbuknya.

Namun pada pertemuan Selasa ini Jara yang sudah berusia 33 tahun mungkin tidak dapat meneruskan “ser4ngan seksvalnya” kerana dia bukan lagi pilihan utama di dalam skuad Chile.

Cavani pula lebih fokus untuk memenangi perlawanan dan merebut tangga teratas Kumpulan C berbanding mengingati kisah lampau.

Uruguay perlu menang untuk menerajui kumpulan manakala Chile hanya memerlukan satu mata untuk kekal sebagai pendahulu, dan juga mencukupi buat Uruguay untuk ke suku akhir.

“Kami sedar Chile mempunyai perancangan rapi, kami sudah lama mengetahuinya, mereka cukup bersedia,” kata Cavani. “Kami sedar Chile jenis lawan yang bagaimana.”

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*