Alves ucap terima kasih kepada PSG

PARIS: Beberapa jam selepas meled4k gol ketika Brazil menewaskan Peru 5-0 di Copa America, Dani Alves mengumumkan dia akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG).

Pertahanan berusia 36 tahun itu, yang memakai lilitan kapten untuk Brazil di saingan Copa America sudah dua musim bermain untuk juara Perancis itu dan berada di penghujung kontraknya.

“Segala-galanya ada permulaan, pertengahan dan pengakhiran, dan masanya sudah tiba untuk berhenti di sini,” kata Alves dalam Instagram miliknya.

Alves tidak mendedahkan di mana destinasinya selepas ini dengan rakan senegaranya, Leonardo pulang ke kelab berkenaan sebagai pengarah sukan.

Seperti Neymar, Alves menyertai PSG pada musim panas 2017 dengan berita berkenaan meningkatkan spekuvlasi membabitkan penyer4ng bintang negaranya itu.

Selain PSG, pemain kelahiran Juazeiro itu pernah menyarung jersi kelab Bahia di Brazil, Sevilla dan Barcelona di Sepanyol dan Juventus di Itali.

Sepanjang dua musim bersama PSG, Alves menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi dua gelaran Ligue 1 berturut-turut dan turut memenangi Piala Liga dan Piala Perancis pada musim pertamanya.

Dia turut menjulang Serie A pada 2017 bersama Juve selain enam gelaran La Liga, empat Piala Raja Sepanyol dan tiga Liga Juara-Juara bersama Barcelona.

Begitupun selepas meninggalkan Barca, Alves tidak lagi merasai nikmat menjulang kejuaraan di pentas Eropah dengan Juve dan PSG gagal untuk memenanginya.

“Hari ini saya menutup satu lagi kitaran dalam kehidupan saya, kitaran kemenangan, pembelajaran dan pengalaman,” kata Alves. “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga PSG untuk peluang membina sejarah kelab ini bersama-sama.”

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*