Gaji Juan Mata kena potong sebanyak RM2.37 J seminggu

LONDON – Juan Mata bersetuju gajinya dipotong sebanyak 45,000 pound (RM2.37 juta) supaya dia dapat melanjutkan kontrak dua tahun di Manchester United berbanding setahun.

Pemain veteran itu baru-baru ini mengadakan rundingan bersama kelab tentang masa depannya di Old Trafford.

Selepas menandatangani perjanjian baharu, Mata bersetuju dengan pengurangan 25 peratus gajinya daripada 180,000 (RM9.51 juta) pound seminggu kepada 135,000 pound (RM7.13 juta).

Difahamkan, Mata sangat bergembira di Manchester malah teruja untuk memainkan peranannya bersama kelab yang kini di bawah kendalian Ole Gunnar Solskajer.

Mata, 31, menyertai United dari Chelsea pada 2014 dengan nilai (RM1.35 juta) ketika Red Devils di bawah bimbingan David Moyes.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*