Impian Copa Messi kembali menyala selepas berjaya tewaskan Qatar

PORTO ALEGRE, Brazil – Impian Lionel Messi untuk memenangi sekurang-kurangnya satu trofi antarabangsa bersama Argentina kembali menyala selepas negara Amerika Selatan itu mengalahkan Qatar 2-0 hari ini untuk mara ke suku akhir Copa America.

Selepas hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan pertama Kumpulan B, skuad La Albiceleste sedar mereka wajib menang dalam aksi terakhir di Porto Alegre.

“Ia sesuatu yang g1la jika kami gagal melepasi peringkat kumpulan, apatah lagi ada tiga pasukan yang layak daripada setiap kumpulan.

“Saya yakin kami kami mampu melakukannya,” kata Messi sebelum perlawanan itu.

Bagaimanapun, bukan Messi yang menghantar Argentina ke suku akhir, sebaliknya Lautaro Martinez dan Sergio Aguero.

Hanya empat minit selepas perlawanan bermula, Martinez menghukvm kealpaan pertahanan Qatar apabila meletakkan Argentina di depan menerusi percubaan dalam kotak penalti.

Argentina bagaimanapun terpaksa menunggu lama untuk menambah gol kedua menerusi bintang Manchester City, Aguero, enam minit sebelum tamat permainan.

Argentina kini akan menent4ng Venezuela di Rio de Janeiro, Jumaat ini untuk perebutan tiket ke separuh akhir. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Agensi via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*