Mbappe, Neymar ‘idaman’ Real Madrid – Vinicius Junior

LONDON – Vinicius Junior berkata, adalah sesuatu impian jika Real Madrid berjaya membawa masuk dua gandingan Paris Saint-Germain, Neymar dan Kylian Mbappe ke Santiago Bernabeu pada musim panas ini.

Kedua-dua pemain kini dikatakan ingin berpindah ke Real dari juara Perancis itu selepas PSG gagal membawa pulang trofi Liga Juara-Juara ke ibu negara Perancis, Paris.

Neymar menyertai PSG pada 2017 dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.04 bilion), namun terdapat khabar angin mengatakan dia tidak disenangi berada di Perancis.

Pada awal 2017, Neymar dan Edinson Cavani dilihat tidak sekepala apabila bergadvh untuk mengambil sepakan penalti.

Rakan sepasukannya di Brazil, Vinicius adalah menjadi perpindahan sempurna jika Neymar dan penjaring terbanyak Ligue 1 Mbappe bersetuju menyertai skuad Los Blancos.

“Sudah tentu dia (Neymar) boleh sertai Real Madrid buat masa ini. Apa pun saya sebenarnya tidak tahu perancangannya.

“Mungkin dia akan ke Madrid atau kekal di PSG, saya tidak tahu, tetapi adalah lebih bagus jika dia ke Madrid,” kata Vinicius. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLIE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*