Nama pemain muda, Joao Felix mula jadi perhatian

LONDON – Terdapat beberapa pemain bertaraf bintang dikaitkan dengan perpindahan lumayan pada musim panas ini namun tumpuan mula diberikan kepada Joao Felix.

Nama pemain muda ini menjadi sensasi untuk perpindahan mega sehingga mencetuskan pertanyaan dalam kalangan peminat bola sepak, adakah dia benar-benar bagus.

Pemain berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi memberangsangkan pada musim lalu dalam saingan Liga Primeira apabila meled4k 15 gol selain mencipta tujuh gerakan gol sekali gus membantu Benfica memenangi liga mengatasi Portugal.

Prestasi memukau penyer4ng itu nyata berbaloi apabila dia dikaitkan dengan perpindahan sensasi selepas dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Manchester City, Manchester United dan Real Madrid.

Bagaimanapun, Atletico Madrid bakal menjadi destinasinya apabila kelab itu sanggup mengeluarkan belanja 107 juta pound (RM565 juta) bagi mendapatkan klausa pelepasan.

Ada kemungkinan Felix menjadi calon Atletico untuk menggantikan Antoine Griezmann yang akan menyertai Barcelona.

Sekiranya perjanjian dimeterai, perpindahan Felix bakal menjadi yang kelimat paling mahal dalam sejarah di belakang Neymar, Kylian Mbappe, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele.

“Joao Felix boleh (memenangi Ballon d’Or) kerana dia masih muda. Dia berusia 19 tahun dan kini tumpuan mual diberikan kepadanya. Masa depannya masih panjang dan boleh menjadi pemain terbaik. Saya tidak ragu-ragu.

“Saya tidak tahu jika dia akan menjadi pemain gantian (Cristiano Ronaldo) namun dia amat penting buat skuad Portugal.

“Dia ada potensi untuk berada dalam pasukan elit seperti Bernardo Sila yang merupakan pemain terbaik,” kata Presiden Benfica, Luis Filipe Vieira. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UtusanOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*