Sanchez buat jurulatih Chile pen1ng kepala

RIO DE JANEIRO – Jurulatih Chile, Reinaldo Rueda pening kepala untuk menentukan sama ada penyer4ng bintangnya, Alexis Sanchez perlu direhatkan atau diturunkan apabila menent4ng Uruguay awal pagi esok.

Sanchez, 30, mengalami kecedera4n buku lali ketika menewaskan Ecuador 2-1 sebelum ini dan jika direhatkan, dia mampu untuk memulihkan diri untuk aksi suku akhir kerana Chile sudah layak lebih awal.

Namun jika mahu muncul juara Kumpulan C bagi mengelak bertemu juara Kumpulan B, Colombia di suku akhir, kudrat Sanchez sudah pasti diperlukan kerana hanya kemenangan atau seri ke atas Uruguay boleh merealisasikannya.

“Ini yang sedang kami fikirkan bergantung kepada reaksi pemain selepas latihan terakhir. Apa yang saya tahu, semua pemain mahu diturunkan esok dengan masing-masing cukup komited,” kata Rueda yang berada dalam dilem4.

Ini memandangkan Sanchez adalah penyumbang gol utama dalam dua aksi pertama peringkat kumpulan sekaligus kelibatnya amat penting sekali dalam memastikan hala tuju pasukannya tercapai.

“Kami akan buat keputusan (tentang Sanchez) selepas lihat keadaannya dalam latihan. Tengok sama ada dia boleh berlari dan mampu memikul bebanan yang diletakkan ke atasnya,” tambah Rueda.

Seorang lagi tonggak, Arturo Vidal turut disahkan Rueda mengalami kecedera4n otot dan pemain tengah Barcelona itu juga belum pasti dapat diturunkan kerana bergantung kepada keadaan semasanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*