Tinggalkan Liverpool Salah – Eto’o

LONDON – Mohamed Salah dinasihatkan untuk meninggalkan Liverpool dan menyertai Barcelona oleh bekas penyer4ng skuad Catalan Samuel Eto’o.

Prestasi Salah di Anfield sejak berpindah dari Roma pada 2017 cukup mengagumkan, menyaksikannya meled4k gol pembukaan Liga Juara-Juara ketika menent4ng Tottenham Hotspur di pentas akhir pada 1 Jun lalu, di samping 54 gol daripada 74 penampilan.

Pencapaiannya telah membuka mata kelab gergasi Eropah, dan penyer4ng kebangsaan Mesir itu kini dikaitkan dengan Real Madrid dalam usaha membantu pasukan itu membina semula skuad.

Bagaimanapu Eto’o, yang juga seperti Salah, pernah mewakili Chelsea dalam karier masing-masing percaya, pemain berusia 27 tahun itu akan lebih hebat jika berhijrah ke Barca.

“Barcelona adalah lebih baik. Real memberikan peluang kepada saya untuk keluar dari Africa, namun saya tahu gaya Barcelona dan saya fikir ia sangat sesuai untuknya.

“Jika dia berpeluang untuk bermain dalam liga terbaik di dunia, iaitu liga Sepanyol, dia perlu menyertai Barcelona.

“Mohamed mempunyai segalanya untuk menjadi seorang pemain terbaik di dunia,” kata bekas pemain Cameroon itu.- 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*