Aura Liverpool pacu kebangkitan Perak ke final

IBARAT skrip ulangan separuh akhir Liga Juara-Juara 2019, Liverpool Bercelona, Perak mara ke pentas final Piala FA apabila bangkit menewaskan Pahang pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Perak, malam ini.

Kejayaan berkenaan sekali gus menyaksikan skuad The Bos Gaurus itu mara dengan agregat 4-3, walaupun tewas 1-3 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan 22 Jun lalu.

Perlawanan malam tadi menyaksikan Perak bermula garang sebaik wisel permulaan dengan mengasak gawang Pahang bagi memburu jaringan awal.

Bagaimanapun, beberapa percubaan skuad The Bos Gaurus itu bagaimanapun gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan Tok Gajah.

Namun Stadium Perak bergema dengan sorakan penyokong skuad Kejor Yeop Skor apabila Brendan Gan menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan sudut Firdaus Saiyadi pada minit ke-35.

Gol berkenaan nyata menyemarakkan semangat kesebelasan Perak yang mula melancarkan ser4ngan bertubi-tubi ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

Usaha berkenaan berhasil apabila pemain sayap lincah, J.Partiban berjaya melepasi kawalan pertahanan Pahang sebelum menewaskan penjaga gol Pahang Heliza Helmi untuk gol kedua Perak pada minit ke-42.

Stadium Perak bergema lagi pada minit ke-43 apabila pertahanan Pahang Faisal Rosli tertampan bola ke gawang sendiri untuk gol ketiga Perak.

Bersambung babak kedua, Perak semakin menggandakan asakan bagi menambah jaringan hingga berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Pahang.

10 minit terakhir menyaksikan Pahang mula mengasak ke gawang Perak dalam usaha merapatkan jurang gol.

Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan Perak hingga ke wisel penamat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*