“Segala percaturan pada aksi itu serba tidak menjadi…” – Dollah akui silap percaturan

IPOH: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui tersilap percaturan kerana terlalu menumpukan di bahagian pertahanan sehingga mengakibatkan kekalahan di tangan Perak pada separuh akhir kedua Piala FA malam tadi. 

Dollah berkata, segala percaturan pada aksi itu serba tidak menjadi akibat asakan bertali arus tuan rumah sehingga mengakibatkan barisan pertahanannya hilang tumpuan.

“Ser4ngan demi ser4ngan dilakukan pemain Perak, di situ puncanya banyak berlaku kesilapan khususnya di bahagian pertahanan,” kata Dollah.

“Apabila Perak dapat menjaringkan gol pertama kita bermain dalam keadaan tertekan, jadi selepas tiga gol, kita seolah-olah hilang tumpuan.”

Menurut Dollah, pada babak kedua dia cuba mengubah strategi dan bangkit untuk melakukan serangan namun percaturannya itu langsung tidak berhasil. 

Dan ditambah dengan provokasi pemain import Perak Leandro Dos Santos terhadap anak buahnya, ia membuatkan Dollah lebih kecewa dengan kekalahan berkenaan.

“Saya sendiri tidak menyangka pada malam ini tiada satu peluang pun untuk kita menjaringkan gol, jadi nampak banyak kelemahan kita pada malam ini yang dilakukan.

“Bagi saya Leandro memainkan peranan untuk merosakkan permainan pasukan, dia buat provokasi terhadap pemain dan macam-macam dilakukan yang saya rasakan tidak profesional.

“Kebanyakan masa, dia terlepas daripada padangan pengadil, dan kita yang melihat dari luar padang pun sak1t hati, bukan sahaja malam ini malah pada perlawanan di Kuantan, benda sama yang dilakukannya,” katanya.

Meskipun terlepas dua piala untuk musim ini, Dollah optimis untuk memastikan anak buahnya bangkit sekali gus meraih sekurang-kurangnya satu piala tahun ini.

“Walaupun dua piala terlepas, sekarang dalam liga kita masih tempat kedua, kalau boleh biarlah kekal dan harapan kita sekurang-kurangnya satu piala,” katanya. 

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*