“Liga Super tak dapat, Piala FA berciciran” – Penyokong Pahang luah rasa kecewa

Peribahasa melayu mengatakan, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ memberi maksud keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula. Situasi ini terpakai kepada penyokong Pahang selepas kejuaraan Liga Super yang ditagih tidak dapat dijelmakan, lebih par4h kejuaraan Piala FA pula terlepas dari genggaman.

Tiga jaringan oleh Brendan Gan, J Partiban dan Faisal Rosli (jaringan sendiri) pada babak pertama perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2019, semalam, memberikan Perak yang pada awalnya ketinggalan 1-3 secara agregat kepada mendahului 4-3 secara agregat ke atas Pahang.

Memasuki babak kedua, Tok Gajah bukan sahaja seakan-akan tidak ‘bernafsv’ untuk melakukan ser4ngan malah turut mempamerkan permainan yang longgar. Skuad The Bos Gaurus pula kekal berdisiplin terutamanya ketika bertahan dan hasilnya Pahang terlepas ‘tiket’ perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 setelah jaringan 4-3 secara agregat itu kekal tidak berubah sehingga wisel tamat perlawanan ditiup oleh Razlan Joffri.

Kekecewaan jelas menyelubungi ‘mood’ para penyokong pasukan Pahang dan mereka melontarkannya di ruangan komen laman sosial Facebook, Pahang FA. 

Di ruangan laman sosial tersebut, mereka mempersoalkan percaturan ketua jurulatih, Dollah Salleh merehatkan pemain utama ketika menent4ng Selangor yang menjadikan kedudukan naib juara Liga Super tergugat di samping turut menyebabkan momentum pemain utama Pahang menurun sebelum aksi menentang Perak. 

Malah, persembahan beberapa pemain import dan tempatan yang menampilkan aksi kurang memberangsangkan turut menjadi topik bualan hangat.

“Kan betul aku kata. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir. Tulah, angkuh sangat. Kata nak bersaing kat Liga super, kelaut. Lepas tu kata nak fokus Piala FA, hangus..” tulis Noreduan Xavier di ruangan komen Pahang FA.

Aksi penyer4ng tambatan mereka, Dickson Nwakaeme atau dikenali sebagai ‘Orang Besi’ turut mendapat kec4man sebahagian penyokong. Timbul persoalan, bagaimana pemain yang tidak cergas 100% diberikan peluang untuk berada dalam kesebelasan utama? Selain itu, Faisal Rosli yang menjaringkan gol sendiri beberapa minit sebelum tamat babak pertama turut dikr1tik hebat kerana menjadi ‘lubuk’ ser4ngan pasukan Perak menerusi J. Partiban.

“Apa lagi nak diungkap? Aku sebagai penyokong ingin menyatakan kekecewaan, jangan bagi alasan bola itu bulat. Dalam masa seminggu 8 bolos, nak rehat skuad utama lawan Selangor hakikatnya lawan Perak sendu. Dickson (Nwakaeme) sangat tak relaven untuk Pahang. Faisal Rosli dah boleh tukar. Pengurusan buka mata, pilih pemain berkualiti, jangan jadi bodoh bila pilih (pemain) import..” kata Fazli Mua’ain dengan penuh kekecewaan.

Salah seorang penyokong Tok Gajah, Madie pula tidak menyalahkan 100% kesilapan Faisal Rosli menjaringkan gol sendiri namun pemilihan Dickson yang tidak cergas sepenuhnya amat mendukacitakan, katanya, “Koi (saya) tak salahkan gol sendiri Faisal Rosli tu sebab tidak disengajakan. Cuma koi (saya) terkilan Dollah masukkan Dickson (Nwakaeme) yang tak boleh ‘perform’ 100% tu. Permainan jadi sangat perlahan. Apapun, kita tumpukan pada Piala Malaysia pula selepas ni..”

Selain daripada percaturan Dollah Salleh dan persembahan individu yang tidak memenuhi jangkaan para penyokong, aksi ‘lemau’ berpasukan oleh Pahang juga antara faktor yang menyebabkan mereka tewas kepada anak buah Mehmet Durakovic di Stadium Perak, semalam. Malah, pemain Pahang bagaikan cukup selesa dengan kelebihan 2 gol yang dibawa tanpa memikirkan kelebihan 1 ‘away’ gol yang dimiliki Perak. 

“Pemain Pahang bermain pada masa pertama sangat selesa. Memikirkan Perak tidak mampu membuat jaringan. Apabila Pahang sudah kena satu gol pertama, baru Pahang nak bangkit, pemain Pahang suka bermain di akhir perlawanan. Akhirnya kecundang di tempat lawan..” tulis Raja Hafiz.

“Tervk betul permainan malam ni (semalam). Itulah dah elok dengan karakter menyer4ng dan sentiasa bermain bola, kau sibuk tukar pada taktikal bertahan, melambatkan permainan, bergaduh.. kan dah makan diri!” tulis seorang lagi penyokong Pahang, Abu Hassan.

Foto: Pahang FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*