Roberto Firmino Aset Terpenting Buat Skuad Liverpool – Fabinho

Musim ini merupakan musim yang cukup baik untuk pasukan Liverpool.

Walaupun tidak berjaya dalam saingan Premier League, namun mereka berjaya mendapatkan rekod kutipan mata tertinggi dalam sejarah penyertaan mereka.

Selain itu, mereka turut memperoleh kejuaraan UEFA Champions League yang diadakan di Madrid tempoh hari.

Kejayaan itu datang dari hasil usaha kolektif, namun begitu pada hemat Fabinho terdapat seorang pemain yang cukup penting buat Liverpool.

Pemain yang dimaksudkan adalah Roberto Firmino.

Menurut laporan Empire of the Kop, Fabinho mengatakan yang Firmino merupakan pemain yang cukup bijak.

Malah kerajinan pemain itu membantu barisan pertahanan sering membuatkan Fabinho sering berterima kasih kepada Firmino.

“Di Liverpool, beliau adalah pemain yang cukup sempurna di posisinya.”

“Firmino adalah pemain pintar yang akan sentiasa ada ketika proses melakukan ser4ngan. Kadang kala ketika bertahan, beliau turut akan datang membantu.”

Fabinho juga turut memuji sikap semangat kerjasama berpasukan Firmino yang bukan sekadar suka menjaringkan gol, malah suka memberikan peluang kepada rakan sepasukan untuk melakukan perkara yang sama.

Tidak hairanlah mengapa pemain seperti Firmino dianggap seperti aset yang cukup penting buat Liverpool walaupun tumpuan sering terarah kepada Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk.

Firmino dan seorang lagi pemain Liverpool iaitu Alisson Becker kini bersama skuad Brazil dalam persiapan menent4ng Argentina dalam aksi separuh akhir Copa America 2019.

Sementara Fabinho tidak disertakan ke dalam skuad Brazil untuk kejohanan ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*