Suarez tak dapat tahan air mata selepas gagal penalti

SALVADOR, Brazil: Pemain bintang Uruguay, Luis Suarez tidak dapat menahan kesed1han selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan Peru mara ke separuh akhir Copa America dengan kemenangan 5-4 pagi tadi untuk menempah pertembungan dengan penyandang juara, Chile, Rabu ini.

Sepakan penalti Suarez diselamatkan penjaga gol Peru, Pedro Gallese sekali gus menyingkirkan juara 15 kali itu pada perlawanan yang turut menyaksikan tiga gol dibatalkan dan aksi sepenuh masa tamat tanpa jaringan.

Suarez mensia-siakan sepakan penalti pertama itu apabila percubaannya melantun ke dada Gallese untuk melengkapkan malam penuh kec3wa buat penjaring terbanyak sepanjang zaman Uruguay itu yang jaringannya turut dibatalkan kerana ofsaid.

Semua pemain lain menyempurnakan sepakan penalti mereka dan Edison Flores memastikan Peru mara ke kelompok empat terakhir dengan rembatannya melepasi Fernando Muslera.

Suarez yang berusaha untuk kembali cergas selepas menjalani pembed4han lutut Mei lalu menutup wajahnya dengan jersi dan terpaksa dipujuk rakan sepasukan selepas gagal menyempurnakan penalti.

“Luis sungguh sedhh, dia menamatkan perlawanan dengan kegagalan menjaringkan gol penting tetapi itulah bola sepak dan kehidupan,” kata Edinson Cavani kepada wartawan.

“Ada kalanya anda menang, ada kalanya anda kalah. Kami pernah menang Copa sebelum ini tetapi hari ini kami perlu menerima hakikat yang kami tersingkir.”

Peru bakal berdepan Chile di separuh akhir manakala tuan rumah Brazil menentang musvh tradisi, Argentina, Rabu ini.

“Saya amat bangga. Saya tidak terkata apa-apa,” kata penyer4ng Paolo Guerrero selepas menyempurnakan jaringan penalti.

“Orang bercakap sebelum ini bahawa Uruguay pasukan pilihan tetapi menjadi pasukan pilihan tidak bermakna apa-apa dalam bola sepak, terutamanya di Amerika Selatan.”

VIDEO:

Kredit video: Perfect Vlogger

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*