Bukti Sweden lebih baik daripada England

NICE, Perancis: Jurulatih Sweden, Peter Gerhardsson menegaskan memenangi tempat ketiga Piala Dunia Wanita sebagai ‘perbezaan besar’ berbanding menamatkan saingan di tangga keempat.

Sweden menewaskan England 2-1, awal pagi tadi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga/ keempat menerusi gol yang dijaringkan Kosovare Asllani dan Sofia Jakobsson.

“Ia lebih mengenai cara kami menang. Ada begitu banyak persembahan yang baik, tempoh yang mengagumkan. Saya fikir amat penting untuk kami menang,” kata Gerhardsson.

“Kami berjuang dengan amat gigih pada babak kedua. Saya mendapat gambaran ia seperti perlawanan tinju lama. Ia perlawanan yang aneh. Tetapi lebih penting daripada itu, cara pemain bermain secara taktikal, mental, fizikal dan terjahan menakjubkan.

“Ada beberapa pemimpin di atas padang yang memberi sumbangan kepada pemain yang tidak mempunyai banyak pengalaman.”

Pengendali England, Phil Neville berkata skuad kendaliannya masih terkesan dengan kekalahan 1-2 kepada Amerika Syarikat di peringkat separuh akhir selain dinafikan gol menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Tahniah kepada Sweden tetapi ia perlawanan yang tidak masuk akal,” kata Neville. “Saya fikir kami masih terbawa-bawa daripada perlawanan di separuh akhir, dari sudut emosi.

“Dua gol mereka mengembali kami ke dunia nyata dan saya tidak fikir saya pernah melihat kami bermain sebaik selepas 20 minit perlawanan. Kami memberikan yang terbaik, kalah tipis dan perlu memastikan selepas ini kami menjadi lebih baik.”

Selepas jaringan Asllani dan Jakobsson dalam tempoh 20 minit selepas wisel permainan ditiupkan, England merapatkan jurang menerusi Fran Kirby pada minit ke-31 tetapi gol penyamaan tidak menjelma.

 

Sumber:REUTERS via BH 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*