Penyokong Liverpool tr0ll pemain United di Perth

Pemain Manchester United menjadi m@ngsa tr0ll penyokong Liverpool semasa sesi latihan pra musim di Perth, Australia pada Khamis.

Sebuah pesawat ringan tiba-tiba melintasi stadium dengan membawa sepanduk tertera perkataan ‘Liverpool 6 x European champions’.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer berada di Australia untuk kempen jelajah pra musim dan akan berdepan Perth Glory pada aksi pembukaan Sabtu ini.

Menjelang perl@wanan itu, United mengadakan sesi latihan terbuka di WACA Ground dengan 12,000 tiket dibeli penyokongnya.

Namun sesi latihan itu sedikit terg@nggu apabila sebuah pesawat ringan terbang melintasi stadium tersebut dengan membawa sepanduk yang tertera perkataan ‘Liverpool FC 6x European Champions’.

Dalam pada itu, Marcus Rashford mendakwa Solskjaer menyunt1k semangat semua pemain semasa sesi pra musim United.

“Kami mula memahami apa yang dia mahukan. Kami boleh menyesuaikan diri dan berusaha untuk memperbaiki permainan. Ini adalah pra musim pertamanya,” katanya. 

VIDEO:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*