Jika harga murah Reds ambil balik

LONDON – Juara Eropah, Liverpool sedia memulakan langkah untuk membawa pulang Philippe Coutinho hanya 18 bulan selepas menjual bintang tengah Brazil itu kepada Barcelona.

Selepas membantu Brazil menjulang Copa America minggu lalu, pemain berusia 27 tahun itu yang meningg@lkan Anfield pada Januari, 2018 dengan yuran perpindahan 105 juta pound (RM542 juta) menyuarakan hasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo, biarpun terdapat minat daripada g3rgasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), Coutinho lebih berminat untuk bermain di England,

Begitupun selepas menolak tawaran Manchester United kerana sejarah permusvhan kelab itu dan Liverpool, tidak dapat dipastikan ke mana hala tuju Coutinho jika kembali ke Liga Perdana kerana Chelsea pula digantvng daripada melakukan urus niaga dalam pasaran perpindahan pemain.

Menurut akhbar England, Reds mengikuti rapat perkembangan Coutinho dan bersedia mengemukakan tawaran dengan syarat, harga yang diletakkan oleh Barcelona tidak terlalu tinggi.

Liverpool tidak berbelanja besar sejak menjuarai Liga Juara-Juara, Jun lalu, malah hanya membeli pemain sedang meningkat Belanda, Sepp van den Berg dari PEC Zwolle.

Mereka turut dikaitkan dengan Nicolas Pepe, Marcos Asensio dan Ousmane Dembele, namun setakat ini tiada sebarang langkah dibuat bagi mendapatkan semua pemain itu. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*