Atletico ada simpan bukti persetujuan Griezmann dan Barcelona

Semalam – selepas Barcelona mengumumkan perpindahan Antoine Griezmann – Atletico Madrid terus memuat naik kenyataan media bahawa mereka merasakan Barcelona masih berhutang dengan mereka €80 juta.

Barcelona dan Griezmann mengaktifkan klausa pelepasan bernilai €120 juta. Ianya angka pada klausa pelepasan selepas 1 Julai 2019.

Namun Atletico mend4kwa Barcelona perlu membayar €200 juta, klausa pelepasan sebelum 1 Julai 2019 – kerana Griezmann dan Barcelona ada melakukan perbincangan pintu belakang sebelum tarikh itu.

David Sanchez menerusi Radio Catalunya menyatakan bahawa pihak Atletico Madrid ada bukti bahawa Barcelona dan Griezmann menandatangani perjanjian pintu belakang – pada Mac lalu.

Perkara ini pernah didedahkan oleh Atletico menerusi siaran media rasmi mereka. Dan Atletico bertindak menolak untuk berbicang dengan Barcelona. Mereka mengarahkan Griezmann kembali berlatih.

Namun kepada pembaca yang masih kurang jelas tentang situasi Griezmann. Atletico tiada dapat mengawal perpindahan mana-mana pemain mereka apabila klausa pelepasan diaktifkan.

Cuma situasi sekarang, Atletico tidak menerima €120 juta daripada Barcelona, kerana percaya perjanjian di antara Barcelona dan Griezmann dimuktamadkan lebih awal – tanpa melalui Atletico yang merupakan pemilik kepada Griezmann.

“Atletico Madrid adan bukti dokumen bertarikh 9 Mac di mana kontrak ditawarkan Barcelona telah ditandatangani Griezmann. Kelab akan cuba menyelesaikan perkara ini.”

“Atletico Madrid kecewa dengan profesionalisme Oscar Grau [CEO Barca] dalam pertemuan itu.”

Atletico Madrid akan membawa perkara ini ke muka pengadilan. Mereka mend4kwa mereka berhak mendapat bayaran €200 juta untuk Griezmann.

Adakah benar Atletico memiliki bukti tersebut? Sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*