Dier diketepikan aksi di Singapura, Shanghai

LONDON – Eric Dier diketepikan daripada aksi pra-musim Tottenham di Singapura dan Shanghai selepas terpaksa melakukan pembed4han bagi kecedera4n yang tidak didedahkan.

Bintang England itu beraksi bersama Three Lions ketika penentuan penalti menentang Switzerland dalam penentuan tempat ketiga Liga Negara-Negara, Jun lalu dan berharap dapat beraksi bersama Spurs menjelang permulaan musim baharu.

Spurs mengesahkan prosedur pemulihan keceeraan Dier berjalan dengan baik dan pemain berusia 25 tahun itu tidak akan bersama skuad Mauricio Pochettino ke Singapura dan Shanghai untuk menentang Juventus serta Manchester United.

Dier berdapan kecedera4n pangkal paha sejak beberapa bulan lalu dan hanya beraksi dalam 18 daripada 38 penampilan Liga Perdana Inggeris, musim lalu.

“Eric Dier sudah menjalani prosedur pervbatan yang ditetapkan selepas ia dikesan semasa hari pertama sesi latihan pra-musim.

“Ekoran itu, Eric akan berhat seketika untuk menjalani proses pemulihan. Oleh itu, dia tidak akan bersama pasukan untuk beraksi di Singapura dan Shanghai,” kata Spurs dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*