Jersi Neymar bikin tanda tanya

RIO DE JANEIRO: Neymar memuat naik video dengan memakai jersi Barcelona dalam media sosial hari ini, sekali gus menghangatkan spekvlasi penyer4ng Paris St Germain (PSG) itu mungkin kembali menyertai ke kelab lamanya.

Bagaimanapun syarikat perhubungan awamnya berkata dia akan tampil di Paris esok.

Neymar yang ceder4, berada di Brazil untuk memberikan sokongan atas kejayaan Brazil menundukkan Peru pada aksi final Copa Amerika 2109, yang turut menyaksikan dia terlepas latihan pra musim bersama PSG.

Dia menyertai PSG dari Barcelona dalam perjanjian selama lima tahun yang juga rekod perpindahan termahal dunia sebanyak 222 juta euro (RM1 bilion) pada 2017, tetapi baru-baru ini, tersebar khabar angin mengenai kepulangannya semula ke Barcelona.

Namun dengan kiriman terbaru pemain berusia 27 tahun itu, ia menimbulkan lebih banyak spekvlasi dengan video ringkas di Instagram yang memaparkan dirinya berpakaian hitam putih berlogo Barcelona. Gambar itu diterbitkan scara meluas di laman sesawang berita.

Akhbar Perancis, Perancis L’Equipe berkata: “Semua orang akan melihat mesej yang samar-samar ini sebagai pengumuman tersembunyi oleh penyer4ng PSG mengenai kepulangan ke kelab lamanya.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Que lindo o dia de hoje, que honra ter a presença de tantas pessoas do mundo inteiro no lugar onde vivi. Obrigado @redbull @redbullbr por nos proporcionar estes momentos 👏🏽👏🏽 @redbullneymarjrsfive

A post shared by 3n310ta 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

Tetapi syarikat perhubungan awamnya yang berpangkalan di Brazil dalam satu kenyataan berkata, “Neymar akan muncul seperti biasa pada 15 Julai yang sudah dimaklumkan kepada PSG beberapa minggu lalu.”

Menurut laporan media, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu awal bulan ini mengesahkan laporan yang Neymar mahu meninggalkan Parc des Princes, sambil mengakui juara Ligue 1 itu tidak mahu menjualnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Amigos & companheiros .. honra e satisfação em fazer parte desse grupo!

A post shared by 3n310ta 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

PSG membalas dengan mengatakan bahawa mereka membenarkan pemain Brazil itu tidak menyertai latihan pra musim Isnin lalu, walaupun bapanya berkata kelewatan anaknya itu sudah dipersetujui, jadi dia dapat hadir meraikan kemenangan Brazil di Copa Amerika dan tidak timbul isu anaknya ponteng latihan.

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*