Mourinho menanti projek yang tepat

LONDON – Jose Mourinho berhasrat untuk kembali semula ke dunia pengurusan bola sepak selepas tujuh bulan dipecat daripada Manchester United dan sedang menunggu ‘projek terbaik’ sebelum membuat keputusan.

Mourinho, 56, berada di Old Trafford selama dua tahun setengah tetapi gagal menjadikan pasukan itu sebagai pencabar kejuaraan.

Dia dipecat selepas mengharungi musim bvruk, selain menarik kr1tikan penyokong dia juga berdepan masalah dengan beberapa pemain utama pasukan itu.

Mourinho dikaitkan dengan beberapa kelab selepas meninggalkan United termasuk Benfica, Lyon dan Newcastle tetapi dia tidak berminat dengan tugasan itu.

Selepas menolak tawaran Newcastle, Mourinho menyuarakan hasrat untuk kembali sekiranya menerima projek yang tepat.

“Saya mahu kembali tetapi saya akan tunggu kelab dan projek terbaik.

“Buat masa sekarang saya akan lakukan apa yang saya suka. Memang saya suka bekerja, tetapi saya juga suka sukan lain dan sekarang ini adalah masa terbaik untuk menikmati sukan-sukan lain,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*