Pogba kapten MU?

PERTH: Pengurus Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer memberi bayangan untuk melantik Paul Pogba sebagai kapten Manchester United musim ini, meskipun pemain itu dikhabarkan akan meninggalkan Old Trafford.

Real Madrid dan kelab lama Pogba, Juventus masing-masing berminat mendapatkan tanda tangan bintang Piala Dunia Perancis itu bahkan ejennya, Mino Raiola sudah mengesahkan bulan lalu bahawa Pogba ingin meninggalkan Old Trafford.

Namun selepas menyaksikan sumbangan bertenaga Pogba membantu United menang 2-0 ke atas kelab Perth Glory dalam aksi persahabatan di sini semalam, Solskjaer lantas mencadangkan Pogba diberi peranan sebagai kapten.

“Saya rasa tidak perlu huraian panjang lebar mengenai cadangan itu (Pogba sebagai kapten), itu kita bincang kemudian.

Marcus Rashford dan James Garner juga mendapat pujian ketika jelajah di Perth, yang menyaksikan United begitu selesa megharungi cabaran Jelajah Pra Musim.

Mengulas mengenai jaringan Rashford, Solskjaer berkata: “Saya sangat gembira dengan gol yang dijaringkannya.

“Ia berkisar mengenai naluri. Ia bukan setakat jaringan yang menarik tapi ia satu gol. Saya kerap katakan Marcus perlu menambah senarai jaringan.

“Nampaknya dia sudah mula kemaruk gol dan memang patut pun dia begitu.”

Dalam pada itu, Solskjaer juga megesahkan bahawa kesihatan jurulatih Mark Dempsey yang dimasukkan ke sebuah hospital sudah beransur baik.

Solskjaer berkata Dempsey sudah dibenarkan keluar hospital dan tidak akan menyertai baki Jelajah Pra Musim selepas ini.

“Saya sudah melawatnya har ini dan kami setuju membenarkan dia pulang ke tanah air dan harap kembali bersamanya sekembali nanti.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*