City gagal terbang ke China

MANCHESTER: Perjalanan skuad Manchester City ke China untuk jelajah pra musim tertangguh buat kali kedua semalam apabila penerbangan mereka dibatalkan atas masalah teknikal.

Skuad Pep Guardiola dijadualkan tiba ke Shanghai semalam namun masalah kesilapan pentadbiran memaksa pemain City tersadai di Lapangan Terbang Manchester selama dua hari.

Difahamkan, pesawat yang membawa pemain City tidak mendapat kebenaran memasuki ruang udara China.

Bagaimanapun, mereka terus berharap dapat kebenaran berlepas hari ini.

Pegawai City menegaskan betapa mereka akan tetap ke China untuk perlawanan Trofi Liga Perdana Asia menentang West Ham, Rabu ini.

City kemudian dijadualkan berlepas ke Hong Kong dan Jepun.

Guardiola bagaimanapun tenang berdepan situasi tidak menentu berkenaan.

City dalam kenyataan berkata: “Disebabkan wujud isu berkaitan pentadbiran yang diluar kawalan kelab, yang kini sedang diatasi, kami kesal terlewat memulakan jelajah pra musim ini. Kami akan berlepas esok dan akan mengambil bahagian dalam Trofi Liga Perdana Asia seperti dirancang”.

Senarai pemain ke Asia:

Claudio Bravo, Kyle Walker, Danilo, John Stones, Raheem Sterling, Ilkay Gundogan, Oleksandr Zinchenko, Angelino, Aymeric Laporte, Rodri, Kevin De Bruyne, Leroy Sane, Bernardo Silva, David Silva, Daniel Grimshaw, Lukas Nmecha, Nabili Zoubdi Touaizi, Gavin Bazunu, Jose Angel Pozo, Tommy Doyle, Luke Bolton, Aleix Garcia, Taylor Harwood-Bellis, Adrian Bernabe, Ian Poveda dan Ben Knight. 

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*