Neymar sudah berlepas, speku perpindahan Neymar ke Barca kini terjawab

SAO PAULO: Pemain bintang Brazil, Neymar sudah mengambil penerbangan pulang ke Paris semalam untuk meredakan kontr0versi ‘p0nteng latihan’ pramusim bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Neymar, dilihat menunggu pesawat Air France di Lapangan Terbang Sao Paulo untuk pulang ke Paris dan dilihat sempat melayani puluhan peminat yang menunggu sehingga 20 minit terakhir sebelum pesawat diumum berlepas.

Sabtu lalu, Neymar sempat beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan lima sebelah yang berlangsung di kampung halamannya di Praia Grande.

Neymar sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila secara tebuka menyatakan hasrat kembali ke pangkuan Barcelona – kelab yang ditinggalkannya selepas PSG membayar £198 juta (RM1 bilion) dua tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Feliz demais de voltar a treinar com o grupo, falta pouco 😉⚽️

A post shared by 3n310ta 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif PSG, Leonardo minggu ini mengakui mereka ada menghubungi Barca membincangkan mengenai perpindahan Neymar namun mend4kwa kelab gergasi LaLiga itu belum bersedia dari segi kewangan mendapatkan semula Neymar.

Isnin lalu, PSG menerusi satu kenyataan membidas sikap negat1f Neymar apabila pemain itu gagal melapor diri dalam sesi latihan pra musim di Paris seperti ditetapkan.

Begitupun, PSG sudah dimaklumkan awal bahawa Neymar akan kekal di Brazil sempena perlawanan akhir Lima Sebelah Red Bull Neymar Junior – iaitu perlawanan lima sebelah peringkat dunia kelolaan Akademi Neymar yang dianjurkan pada setiap musim panas.

Meskipun masih dalam rawatan keceder4an buku lali, Neymar juga tampil dalam perlawanan pertunjukan pada petang Sabtu.

Neymar mend4kwa dia kini kembali cergas 100 peratus dan akan menyertai latihan PSG bermula hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pra você meu amor ❤️🥰😍 Parabéns pelo teu dia, minha Rainha 👑 @nadine.goncalves . 📸 @nogueirafoto

A post shared by 3n310ta 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

Barca pula masih berminat membawa pulang pemain itu ke Liga Sepanyol meskipun sedar ia misi sukar selepas terpaksa berbelanja besar mendapatkan Antoine Griezmann daripada Atletico Madrid dengan bayaran tebus kontrak sebanyak £108 juta (RM555 juta), Jumaat lalu.

Difahamkan Barca perlu menjual Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele bagi mendapatkan dana mencukupi bagi membawa pulang Neymar yang dijangka perlu mengeluarkan sejumlah £200 juta (RM1.040 bilion) lagi.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*