Bukan kerana duit – De Ligt

SINGAPURA: Pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt menolak duit memainkan peranan penting terhadap perpindahan berprofil tingginya ke Itali, awal bulan ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

4you, 4ever #family #TURNDELIGTON @juventus

A post shared by Matthijs de Ligt (@mdeligt_) on

Pemain berusia 19 tahun itu menjadi tonggak bekas kelabnya, Ajax yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu selain menjulang gelaran Eredivisie yang mengakibatkan kelab-kelab utama Eropah berebut mendapatkan khidmatnya.

Juara Eropah, Liverpool, juara Perancis Paris Saint-Germain dan juara Sepanyol, Barcelona dilaporkan berminat mendapatkan tandatangannya sebelum pemain kebangsaan Belanda itu melengkapkan perpindahan bernilai €75 juta (RM345.95 juta) ke Turin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The season has officially come to an end. What an amazing journey with many unforgettable moments. Now time to relax and recharge 🙏🏼😬

A post shared by Matthijs de Ligt (@mdeligt_) on

De Ligt, begitupun menolak dakw4an yang menyatakan duit menjadi pendorong utama perpindahannya selepas timbul spekulasi membabitkan dirinya sejurus perjanjian itu dimeterai.

“Duit langsung tidak memainkan peranan terhadap pilihan saya untuk kelab baharu,” kata De Ligt. “Semua orang yang mengenali saya mengetahuinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Getting ready for our Nations League game against England 🦁

A post shared by Matthijs de Ligt (@mdeligt_) on

“Duit tidak menjadi ‘pendorong’. Semua orang berhak untuk menyuarakan pandangan mereka dan saya akan menghormatinya, tetapi sesetengah orang bercakap perkara seperti ini dengan amat mudah.

“Setiap hari ada perkara yang baharu. Secara tiba-tiba, sekali pun bapa saya terlalu gemuk dan itulah sebab salah satu daripada kelab (Manchester United) tidak mahukan saya, ia membuatkan kamu berkata, biar betul.”

Pemain muda itu juga turut mempertahankan ejennya, Mino Raiola, yang memainkan peranan penting perpindahannya menyertai juara Itali itu.

“Dia memiliki banyak pengalaman,” kata De Ligt. “Saya rasa imejnya di Belanda adalah negat1f, tetapi saya langsung tidak merasainya. Saya fikir jika kamu bertanya kepada semua pemain yang menggunakan khidmat Rino adakah dia melakukan tugas yang baik, semua orang akan berkata ya.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*