‘Guardiola tak tahu semua perkara’

LONDON: Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata Pep Guardiola tidak sepatutnya menafikan peluang juara Jerman itu untuk mendapatkan Leroy Sane dari Machester City.

Gergasi Bundesliga itu tidak berselindung mengenai hasrat mereka untuk mendapatkan pemain sayap berusia 23 tahun itu pada jendela perpindahan ketika ini.

Rummenigge pada Mei lalu berkata Bayern akan ‘cuba’ menandatangani Sane pada musim panas ini selepas dua pemain sayapnya yang berstatus legenda, Arjen Robben dan Franck Ribery meninggalkan kelab berkenaan.

City sedang berusaha meyakinkan bekas pemain Schalke itu untuk menandatangani kontrak baharu tetapi pengurus City, Guardiola pada minggu lalu berkata sekali pun dia sudah lama mendengar spekvlasi berkenaan, tiada apa yang berlaku serta mahu Sane kekal di Etihad.

Tetapi Rummenigge menegaskan harapan Bayern untuk membawa Sane ke Allianz masih belum berakhir dan menemp3lak perkara berkenaan mungkin tidak berada dalam pengetahuan pengendali dari Sepanyol itu.

“Saya tidak tahu jika Pep sedar dengan apa yang berlaku di dalam kelabnya. Tiada idea. Kita akan terus menunggu,” kata Rummenigge. “Jika ada sesuatu untuk diumumkan, kami akan melakukannya, tetapi ia tidak begitu lama lagi.”

Sekali pun berulang kali berkata dia berharap Sane kekal di England, Guardiola turut berkata jika ada pemain dalam pasukannya ingin keluar, mereka tidak akan dihalang.

“Itu adalah keputusan mereka, ia sama seperti yang berlaku dengan (Jadon) Sancho. Kami mahu dia kekal, kami memberikan segala-galanya, tetapi pada akhirnya jika dia tidak mahu, apa yang boleh kamu lakukan? Tiada apa-apa.”

City dilaporkan menuntut sekurang-kurangnya £90 juta (RM463.10 juta) untuk Sane dan gaji tinggi pemain itu dikatakan terlalu tinggi untuk standard Bayern.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*