Kelab China sedia penuhi tuntutan gaji mahal Bale

MADRID – Gareth Bale bersedia menamatkan kariernya bersama Real Madrid, setelah kelab dari China bersedia memenuhi tuntutan gaji mahal bintang antarabangsa Wales itu.

Pemergian pemain berusia 30 tahun tersebut dari Bernabeu diiringi dengan kr1tikan ejen Bale, Jonathan Barnett terhadap pengurus Real, Zinedine Zidane.

Barnett melabelkan Zidane sebagai memalvkan selepas warga Perancis itu tanpa berselindung mendedahkan bahawa kelab gergasi Sepanyol tersebut bersedia menyingkirkan Bale. Barnett juga buat pertama kalinya mengakui bahawa Bale bersedia meninggalkan Sepanyol.

Sumber memberitahu kepada media England, Sportsmail destinasi paling sesuai untuk Bale adalah di China. Difahamkan hanya kelab di Liga Super China berminat untuk memenuhi tuntutan gaji Bale yang bernilai 350,000 pound (RM1.79 juta) seminggu, tetapi mereka tidak bersedia untuk membayar yuran perpindahan.

Barnett telahpun terbang ke negara Asia Timur itu, Jun lalu untuk melakukan rundingan. Kontrak Bale yang hanya akan berakhir pada 2022, gagal menarik minat Manchester United mahupun kelab lamanya, Tottenham.

Bagaimanapun, kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua bersedia untuk memenuhi tuntutan gaji mewah Bale itu dan dia turut dikaitkan dengan Jiangsu Suning serta Beijing Guoan.

Selepas tumpas 1-3 dalam aksi persahabatan kepada Bayern Munich di Houston, Zidane membuat kenyataan secara terbuka bahawa Bale telah diketepikan kerana pemain itu bersedia meninggalkan Los Blancos sebelum jurulatih itu menambah, dia amat berharap bintang Wales tersebut dapat pergi segera demi kebaikan semua orang.

Komen tersebut ternyata membangkitkan rasa kurang senang Barnett. “Sikap Zidane memalvkan, dia langsung tidak menghormati pemain yang telah memberi banyak sumbangan kepada Real Madrid,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Bale sememangnya akan meninggalkan ibu negara Sepanyol itu, Barnett berkata: “Kami sedang mengusahakannya. Jika Gareth pergi, ia disebabkan kemahuannya dan bukan disebabkan desakan Zidane.”

Bale dibuang Real, meskipun pemain itu memainkan peranan besar membantu kelab merangkul empat gelaran Liga Juara-Juara dan turut menjulang gelaran La Liga selepas ketibaannya dari Tottenham, enam tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*