Leicester terima bidaan Man United

LONDON: Manchester United membuktikan kesungguhan mereka dalam mendapatkan bek tengah Leicester City Harry Maguire dengan meningkatkan tawaran ke atas pemain itu.

United dilaporkan membuat bidaan bernilai 80 juta pound (RM411.6 juta) dan dipersetujui oleh Leicester.

Pemain Inggeris berusia 26 tahun itu berada dalam radar United sepanjang musim panas dalam usaha kelab itu memperkuatkan bentengnya berikutan persembahan hambar dalam saingan liga musim lalu.

Sebelum itu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer menyaksikan tawaran mereka ditolak Leicester kerana tidak menepati penilaian kelab berkenaan ke atas bekas bintang Hull City itu.

Dua minggu lalu, pengendali Leicester Brendan Rodgers turut mengesahkan yang pasukannya tidak perlu menjual pemain-pemain utama mereka tetapi tidak menghalang peluang Maguire untuk berpindah ke kelab lain.

“Masih ada masa, anda tidak tahu apa akan terjadi kepada pemain-pemain buat masa ini, ini adalah pemain kelas tertinggi yang akan memaksa kelab lain mengeluarkan belanja besar.

“Mujur kami tidak berada dalam kedudukan terdesak untuk menjual pemain,” kata Rodgers.

“Kami tidak mahu menjualnya. Dia seorang pemain yang istimewa. Dia menepati corak permainan kami.”

 

Sumber: AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*