[VIDEO] Liverpool tumpas di tangan 10 orang pemain Sevilla

NEW YORK: Alejandro Pozo meled4k gol penentuan dalam kemenangan 2-1 Sevilla yang beraksi 10 orang ke atas Liverpool di Boston awal pagi tadi, kekalahan yang lebih memeritkan buat juara Eropah itu apabila pemainnya Yassert Larouci terpaksa diusung keluar.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp ber4ng dengan tindakan Joris Gnagnon mengas4ri Larouci yang pada minit ke-76. Gnagnon dilayangkan kad merah manakala Larouci terpaksa dikeluarkan selepas kepalanya terh4ntuk kuat di atas padang.

“Masih terlalu awal untuk saya memberi pendapat berkenaan situasi ini,” kata Klopp yang turut mengatakan Larouci bernasib baik kerana tidak mengalami keceder4an serius.

“Tetapi sudah tentu, perkara begini mengambil masa. Saya tidak tahu 100 peratus. Kelihatan seperti dia bernasib baik tetapi saya hanya sempat bercakap sekejap dengan doktor dan itu yang dia katakan, kita perlu tunggu.”

Walaupun skuad La Liga itu beraksi 10 orang, Liverpool masih gagal menambah jaringan dan Pozo meled4k gol kemenangan pada minit ke-90 selepas mendapat hantaran daripada Munir El Haddadi dan menewaskan penjaga gol Livepool Simon Mignolet.

Sevilla mencipta banyak peluang di Fenway Park – halaman juara Siri Dunia Besbol Boston Red Sox. Kedua-dua kelab Red Sox dan Liverpool dimiliki oleh kumpulan yang diterajui John W Henry.

Tidak ramai bintang Liverpool yang turut serta dalam aksi di Amerika Syarikat itu, dengan bintang Brazil Roberto Firmino dan Alisson baru saja membantu negaranya menjuarai Copa America di laman sendiri, manakala Mohamed Salah dan Sadio Mane masih bercuti selepas mewakili negara masing-masing di kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

 

VIDEO: 

Kredit: GreatestKooraHD

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*