Reds jumpa City tanpa kelibat Mane

ONDON: Sadio Mane terpaksa diketepikan bagi perlawanan Piala Perisai Komuniti yang menemukan Liverpool dan Manchester City selepas pengendali Reds, Jurgen Klopp mengesahkan kepulangannya semula penyer4ng itu ke Anfield adalah pada 5 Ogos ini.

Bintang Senegal itu mengharungi kempen yang sibuk selepas membantu kelabnya menjuarai Liga Juara-Juara pada 1 Jun lalu sebelum mengemudi skuad kebangsaan menghadapi Piala Negara-Negara Afrika tetapi tewas di final, baru-baru ini.

Justeru, dia tidak menyertai latihan pra-musim Liverpool dengan pasukannya berada di Amerika Syarikat bagi menghadapi kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa.

Mane begitupun tidak keseorangan dengan rakan sepasukannya Roberto Firmino, Alisson Becker yang beraksi di Copa America dan penyerang Mesir, Mohamed Salah turut melanjutkan cuti masing-masing.

Tetapi disebabkan Mane mengharungi perlawanan paling lewat berakhir, pada 20 Julai lalu, Klopp mengesahkan dia tidak akan disenaraikan Reds bagi aksi bertemu juara Inggeris, Man City yang dijadualkan pada hari ketibaannya.

“Dia berada dalam keadaan yang baik,” kata Klopp. “Jelas mereka sedang meraikan sesuatu di Senegal dan saya tumpang gembira kerana ia menunjukkan mereka menghormati kejohanan dan melihat kedudukan kedua sebagai kejayaan, dan ia bagus.

“Dia ketika ini sedang bercuti, bukan terlalu lama, dia akan kembali pada 5 Ogos, selepas perlawanan menentang Manchester City. Ia bermakna dia akan bercuti selama dua minggu. Masih ada empat ke lima hari persiapan sebelum melawan Norwich, dan 10 hari untuk Chelsea (Piala Super UEFA).”

Musim lalu, Mane menyumbat 22 gol dalam kempen Liga Perdana yang menobatkannya pemenang Kasut Emas bersama Salah dan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*