Ada kelab cuba pikat Bale tetapi ini jawab pengurusnya

LONDON: Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino tidak mengetahui sama ada kelabnya melancarkan cubaan untuk mendapatkan tandatangan Gareth Bale dari Real Madrid.

Pengendali Real, Zinedine Zidane, semalam mendedahkan gergasi Sepanyol itu sedang berusaha untuk menjual bintang Wales itu sejurus kekalahan pasukannya kepada Bayern Munich dalam kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa di Amerika Syarikat.

Zidane memberi bayangan kelab itu sedang mengadakan perbincangan dengan kelab tertentu ketika ini dengan laporan akhbar berkata juara Perancis, Paris Saint-Germain berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebagai pertukaran dengan Neymar.

“Saya melihat laporan di media tetapi saya tidak tahu kelab mana sedang cuba mendapatkannya,” kata Pochettino yang enggan menolak kemungkinan Pengerusi Spurs, Daniel Levy sudah mengorak langkah mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu.

“Saya tidak menerima sebarang maklumat daripada pengerusi, saya tidak tahu sama ada ia dari kami atau kelab lain. Ia adalah tugas pengerusi saya.”

Spurs yang juga naib juara Eropah, semalam menewaskan juara Itali, Juventus yang dikuatkan dengan kelibat penyer4ng sensasi, Cristiano Ronaldo 3-2 di Singapura dengan penyer4ng England, Harry Kane meled4k gol kemenangan.

Sama ada wujud perjanjian untuk Bale atau pun tidak, peminat Spurs pastinya gembira dengan sumbangan pemain baharu kelab itu, Tanguy Ndombele yang disenaraikan dari bangku simpanan.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*