De Gea luah hasratnya setelah setuju ikat kontrak jangka panjang bersama United

LONDON – David de Gea berminat untuk menjadi kapten Manchester United selepas dia bersetuju menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab tersebut.

De Gea akan menandatangani perjanjian baharu yang menyaksikannya menerima gaji sebanyak 375,000 pound (RM1.92 juta) seminggu dan kontrak sehingga 2025 sebaik dia pulang daripada jelajah pra-musim. Berita itu sekali gus menamatkan spekvlasi penjaga gol tersebut akan meninggalkan Old Trafford sebagai ejen bebas, musim panas ini.

Penjaga gol Sepanyol itu antara salah seorang calon untuk dilantik sebagai kapten tetap, selepas lilitan lengan diserahkan kepadanya beberapa kali dalam perlawanan sebelum ini dan De Gea berkata, menjadi penghormatan baginya jika diberi peranan tersebut.

“Saya pernah menjadi kapten dalam beberapa perlawanan dan sudah tentu, ia sesuatu yang hebat dapat menjadi kapten bagi kelab seperti Manchester United dan mempertahankan lencana itu. Ia amat mengagumkan, jadi sudah tentu saya sangat gembira.

“Ini merupakan musim kesembilan dan berasakan saya adalah antara pemain paling berpengalaman. Saya perlu menunjukkan pengalaman itu ketika di atas padang dan cuba membantu pemain-pemain muda apakah makna Manchester United dan ia amat penting,” kata De Gea. 

 

Apa Pendapat Anda? D ah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*