Gara-gara tak rela kehilangan Messi, ini yang Barca lakukan

BARCELONA dijangka berunding dengan Lionel Messi untuk melanjutkan kontrak peny3rang itu sehingga 2023, menurut sumber kepada ESPN FC.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Kontrak Messi, 32, kini memasuki dua tahun terakhir dan Barca mahu memastikan dia kekal di Camp Nou melepasi 2021 sekali gus kontrak ke-10nya bersama Catalan sejak 2004.

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu akan mengetuai rundingan dengan ayah Messi, Jorge yang juga ejennya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Klausa dalam kontrak Messi membolehkan perjanjian itu dilanjutkan 12 bulan lagi sehingga 2022 tetapi Bartomeu mahu perjanjian baharu yang mengikat Messi lebih empat tahun sehingga dia berumur 36 tahun.

Bartomeu tahu tarikan Messi bukan setakat kewangan dan berharap dapat menyediakan skuad terbaik yang mampu merampas trofi Liga Juara-Juara yang pertama sejak 2015.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Presiden Barca memberitahu ESPN FC pada April lalu dia pernah berhasrat menawarkan Messi kontrak seumur hidup walaupun kontrak sekarang tamat 2021.

Kali terakhir Messi memperbaharui kontrak pada 2017 walaupun tercetus spekvlasi masa depannya apabila dia bebas berpindah ketika kontraknya memasuki 12 bulan terakhir.

Messi sebelum ini kerap menegaskan dia berhasrat menamatkan kariernya bersama Barcelona.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Ayam TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*