Nabil pindah ke Real Betis

LYON: Kapten Olympique Lyonnais Nabil Fekir berpindah ke Real Betis pada yuran perpindahan awal 19.75 juta euro (RM91 juta), umum kelab Perancis itu.

Pemain tengah itu berada dalam radar Liverpool musim lalu tetapi perpindahan tidak kesampaian apabila pemain berkenaan gagal pemeriksaan kesihatan dan kelab Perancis berkenaan memutuskan untuk menjualnya kepada Betis selepas kontrak Fekir masuk tahun terakhir.

Perjanjian untuk pemain 26 tahun Perancis itu termasuk tambahan 10 juta euro (RM46.1 juta) dan Lyon juga akan menerima 20 peratus daripada yuran perpindahannya jika dia meninggalkan Betis.

“Olympique Lyonnais mengucapkan terima kasih kepada Nabil di atas sumbangannya kepada kelab, dan pembabitannya dalam kumpulan profesional sebagai kapten pasukan.”

Adik Fekir, Yassin, 22, juga menyertai Betis, dengan Lyon bakal menerima 50 peratus daripada sebarang yuran perpindahannya jika penyerang itu meninggalkan kelab La Liga berkenaan.

Nabil Fekir meledak 69 gol dalam 200 penampilan bersama Lyon, menjadi kapten pada tahun 2017 sebelum memenangi Piala Dunia bersama Perancis tahun lalu.

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*