‘Tiada Aubameyang, tiada masalah’

LONDON: Jens Lehmann berkata Arsenal berupaya menggantikan Pierre-Emerick Aubameyang jika penyer4ng itu berpindah ke Manchester United sebelum mengkr1tik bekas kelabnya yang disifatkan tiada arah tuju.

Arsenal di bawah kendalian Unai Emery menamatkan saingan Liga Perdana musim lalu di tangga kelima, hanya satu mata di belakang pasukan tangga keempat Tottenham selepas tercicir mata di Leicester dan Brighton pada penghujung musim.

Mereka berpeluang untuk menebus marvah apabila beraksi di final Liga Europa pada penghujung Mei, dengan kemenangan turut menghadiahkan tiket ke Liga Juara-Juara tetapi sekali lagi kecewa apabila tumbang 1-4 kepada Chelsea.

Kegagalan kelab itu untuk beraksi di kejohanan elit Eropah buat tahun ketiga berturut-turut menyaksikan mereka terpaksa mengehadkan perbelanjaan dengan Lehmann percaya penjualan Aubameyang ke United boleh menjana pendapatan buat kelab itu bagi mendapatkan pemain lain.

“Jika kamu menamatkan saingan liga di tangga kelima, kamu boleh menjual pemain. Jika dia mahu pergi ke United, pemain baharu akan datang dan berupaya menjadi lebih baik,” kata bekas penjaga gol Jerman itu. “Arsenal tidak sepatutnya menamatkan saingan di tangga kelima atau keenam.”

Sekali pun situasi Aubameyang bagaikan mengulangi jejak Robin van Persie pada 2012, penjualannya membenarkan Emery untuk mendapatkan pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha selepas tawaran pertama berjumlah £40 juta (RM205.31 juta) ditolak.

Tetapi berbanding memikirkan lebih lanjut mengenai barisan pemain, Lehmann berkata masalah Arsenal lebih rumit.

“Semua pemain yang bermain untuk Arsenal bagus tetapi mereka perlu menang sesuatu,” katanya. “Mereka berada di final Liga Europa musim lalu dan tewas. Jelas lebih bagus jika mereka menang.

“Mereka menamatkan saingan liga musim lalu dengan kekecewaan. Sekali pun berpeluang mengesahkan kedudukan keempat, atau ketiga, mereka tidak melakukannya. Kelab ini berada di situasi di mana tiada siapapun tahu mengenai arah yang mereka perlu tuju.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*