Idam julang lebih banyak trofi – Alisson

LONDON: Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker berkata dia meletakkan sasaran untuk menjulang lebih banyak trofi pada musim ini.

Pemain kebangsaan Brazil itu mengharungi kempen yang sukar untuk dilupakan pada musim 2018-19 apabila memenangi Liga Juara-Juara dan Copa America sejak perpindahannya ke Liverpool dari AS Roma pada Julai tahun lalu.

Ketika ditemui di kem latihan pra-musim Reds di Evian, Perancis, pemain berusia 25 tahun itu mengakui sasarannya pada musim ini adalah untuk menggondol lebih banyak kejuaraan bersama pasukan.

“Untuk memenangi dua gelaran, dua gelaran yang besar pada musim lalu adalah hebat. Saya berharap pada musim ini, dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menambahnya,” kata Alisson.

“Saya amat gembira untuk kembali ke sini. Saya mengharungi percutian yang hebat bersama keluarga, menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan, tetapi saya tetap merindui padang, rakan sepasukan, staf dan semua orang.

“Kini saya tidak sabar untuk kembali bermain dan berusaha dengan gigih semula. Kami semua teruja, tetapi kami perlu berada di alam nyata, seperti yang kami lakukan pada musim lalu. Kami akan mencuba memenangi segala-galanya pada musim ini, jadi kami perlu bekerja keras.

“Tahap permainan ketika ini amat tinggi dan hampir sama di setiap kelab, jadi kami perlu berusaha keras untuk mencapai perkara yang sama dan memenangi lebih lagi pada musim ini.”

Selain membantu Reds memenangi gelaran Eropah keenam, Alisson turut membantu Brazil memenangi trofi pertama dalam tempoh 12 tahun dengan hanya melepaskan satu gol dalam enam perlawanan di Copa America, baru-baru ini.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*