Teka-teki pasukan MotoGP pilihan Hafizh bakal diketahui

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai pasukan mana bakal disertai pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah mungkin diketahui selepas beliau menamatkan dua perlumbaan iaitu masing-masing di Republik Czech hujung minggu ini dan Austria, pada 9 hingga 11 Ogos.

Hafizh Syahrin menegaskan beliau mahu memberi tumpuan kepada dua perlumbaan berkenaan selepas berehat panjang selama tiga minggu, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung statusnya bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3.

“Buat masa sekarang, tidak boleh lagi saya katakan apa-apa sebab saya perlu beri masa sedikit kepada diri saya dan juga penaja kerana saya masih dalam perbincangan.

“Mungkin dalam dua perlumbaan terdekat ini akan dapat tahu apa keputusan saya, di mana saya pergi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran FIM Endurance World Championship (EWC) and FIA World Touring Car Cup (WTCR), semalam.

Masa depan Hafizh menjadi tanda tanya apabila pasukannya, Red Bull KTM Tech 3, mengikat kontrak dengan pelumba dari Afrika Selatan Brad Binder, untuk menggantikan pelumba berusia 25 tahun itu pada akan datang.

Sementara itu, Hafizh Syahrin berharap agar pasukannya dapat melakukan sedikit perubahan terhadap jentera yang digunakannya menjelang aksi di Republik Czech dan Austria.

“Saya harapkan pakej yang lebih baik untuk jentera saya, kerjasama dari segi ‘turning’ untuk ‘cornerkan’ jentera saya, buat masa sekarang ini agak sukar untuk saya ada ‘feeling’ dengan motor untuk ‘braking’ dan ‘corner’,” katanya.

Hafizh Syahrin yang terkenal dengan jolokan ‘El Pescao’ (little fish) sebelum ini pernah bergelvt dengan mas4lah jentera yang memberi kesan terhadap prestasinya di perlumbaan pertama kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Sirkit Antaranbangsa Losail, Qatar pada Mac lepas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : BERNAMA via  UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*