Selera Liverpool makin tinggi – Alisson

LONDON – Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker melaungkan am4ran awal kepada semua pencabar pasukannya bahawa The Reds kini semakin ‘berselera besar’ untuk memburv banyak gelaran pada musim baharu ini dalam masa sama akui meraih kemenangan Liga Juara Juara belum mencukupi buat mereka.

“Ketika ini kami sangat teruja tetapi kami perlu memastikan momentum sama dapat diulangi bagi musim ini.

“Dalam masa sama kami akan cuba mendapatkan setiap kejuaraan musim ini sekali gus menuntut kerja keras dalam kalangan pemain.

“Bagi saya tahap bola sepak sangat tinggi dan setiap pasukan yang bersaing memiliki kualiti yang hampir sama sekali gus memerlukan kami sentiasa berada di tahap terbaik untuk meraih kejayaan dalam musim baharu ini,” katanya.

Kejayaan Liga Juara-Juara pada musim lalu dianggap masih belum mencukupi buat Liverpool sekali belum berupaya memenangi Liga Perdana Inggeris.

Pada musim lalu, Liverpool berjaya memberikan tekanan kepada pencabar terdekat mereka Manchester City dalam kempen Liga Perdana Inggeris sehingga aksi terakhir musim 2018-19 yang menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola mengesahkan kejuaraan dengan kelebihan satu mata. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*