Ozil pindah AS?

LONDON  – Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil dikatakan bakal menjadi pengganti Wayne Rooney di DC United.

Kelab dari Washington, Amerika Syarikat (AS) itu bakal mengadakan rundingan bersama wakil Ozil selepas Rooney bersetuju untuk menyertai kelab Kejohanan, Derby sebagai jurulatih dan pemain bermula Januari ini.

Menurut wartawan AS, Steven Goff, nama Ozil menjadi pilihan utama untuk menggantikan bekas penyer4ng Manchester United dan England itu.

“Wakil Ozil akan mengadakan pertemuan bersama pegawai DCU (DC United) di Washington pada minggu depan,” kata Goff.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah lagi tidak menjadi pilihan Utama Arsenal namun mengharapkan perpindahan bersama pasukan baharu yang boleh menawarkan bayaran 300,000 pound (RM1.5 juta) seminggu.

DC United mencari pemain bertaraf bintang untuk mengharungi musim depan malah mereka turut berminat mendapatkan perancang Argentina, Luciano Acosta yang juga menarik perhatian Paris Saint Germain (PSG) dan Sevilla. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*