JDT benam PJ City 4-2

JOHOR BAHRU 7 Ogos – Dend4m kesumat Johor Darul Ta’zim (JDT) terhadap Petaling Jaya (PJ) City akhirnya terbalas selepas skuad Harimau Selatan itu mencatatkan kemenangan 4-2 dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk meled4k jaringan pembukaan menerusi rembatan deras Safawi Rasid pada minit ketujuh bagi meletakkan JDT di depan.

Juara Liga Super enam kali itu yang mempamerkan aksi yang dominan pada babak pertama hampir menggandakan jaringan namun percubaan Gonzalo Cabrera dan Diogo Luis Santo gagal menerjah gawang law4n.

Bersambung babak kedua, Diogo meletakkan JDT pada posisi yang selesa apabila menjaringkan gol kedua dengan mudah menolak masuk hantaran Afiq Fazail yang gagal dikeluarkan penjaga gol, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi pada minit ke-47.

Pasukan bimbingan K. Devan kembali menyamakan kedudukan dengan menghukum kes1lapan di bahagian pertahanan JDT menerusi gol yang masing-masing dijaringkan Washington Brandao Dos Santos pada minit ke-59 disusuli Barathkumar Ramaloo pada minit ke-69.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan PJ City tidak bertahan lama apabila JDT sekali lagi kembali di hadapan jaringan kedua Diogo pada minit ke-71 bagi meletakkan pasukan mereka di hadapan.

Gol jaringan Cabrera pada minit akhir permainan memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Selatan dengan mengutip tiga mata sekali gus menghuni tangga teratas Kumpulan B saingan Piala Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*