Penjaga gol Melaka United ini tidak pernah diberitahu bapanya pernah beraksi di olimpik

Setiap pencapaian di dalam karier sama ada kecil ataupun besar pastinya akan diabadikan sebagai kenangan yang cukup indah, lebih-lebih lagi jika anda adalah sebahagian daripada sejarah gemilang skuad bolasepak negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik.

Sudah tentu ianya akan diceritakan dengan penuh bangga sebagai tatapan buat anak cucu, sanak saudara mahupun generasi akan datang.

Tetapi berbeza dengan bekas penjaga gol kebangsaan, Wong Kam Fook yang tidak pernah memberitahu anaknya, Oscar Wong Tse Yueng bahawa dia adalah penjaga gol utama skuad Malaysia yang beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.

Menurut Wong Kam Fook, Oscar Wong yang juga merupakan penjaga gol Melaka United hanya mengesan siapa dirinya yang sebenar apabila terlihat ramai peminat bola sepak menghormati dan memanggilnya sifu ketika di Stadium Perak, Ipoh beberapa tahun lalu.

“Saya kehilangan banyak gambar peribadi daripada album keluarga ketika sebagai pemain Perak dan Malaysia. Ramai kenalan yang saya tidak tahu namanya, datang ke rumah ibu saya meminta dan mengambilnya tetapi tidak memulangkannya.

“Jadi Oscar memang tidak tahu latar belakang bola sepak saya sejak kecil sehinggalah apabila dia menyatakan minatnya untuk menceburi bola sepak. Saya sendiri pun tidak pernah ceritakan kepadanya.

“Dia hanya menyiasat daripada macam-macam sumber tentang siapa saya selepas hairan melihat ramai peminat di Stadium Perak, memanggil saya sifu dengan rasa terhormat,” katanya dalam program bual bicara La Bola Malaya The Professional di Kuala Lumpur.

Wong Kam Fook berkelana ke Hong Kong selepas Sukan Olimpik itu untuk bergelar pemain bolasepak profesional dari 1972 – 1984 selain terlibat dalam beberapa profesion lain sebelum kembali ke tanah air hanya selepas empat dekad iaitu pada 2011.

Ketika di Munich, penjaga gol legenda yang sudahpun berusia 70 tahun ini, kebal mempertahankan kubu Malaysia selama 55 minit ketika aksi pembukaan menent4ng Jerman Barat sebelum melepaskan tiga gol kepada Ronald Worm, Jurgen Kalb dan Rudolf Seliger, menyaksikan pasukan negara kecundang 0-3 di Stadium Olimpik pada 27 Ogos 1972.

Dia mengalami keceder4an ketika menang 3-0 ke atas Amerika Syarikat dan kemudiannya dibolosi empat gol ketika kecundang kepada Maghribi di Ingolstadt sehingga digantikan Lim Fung Kee mulai minit ke-27.

“Sasaran awal dalam babak pertama ialah cuba meraih seri dengan Jerman Barat (dua tahun kemudian bergelar juara Piala Dunia). Pasukan tiba-tiba menukar pelan untuk cuba menyer4ng dalam babak kedua menyebabkan dibolosi tiga gol. Ketika menent4ng Amerika Syarikat saya hilang tumpuan sepenuhnya termasuk tidak tahu siapa penjaring gol pasukan kita (Shaharuddin Dollah, Salleh Ibrahim dan Wan Zawawi Wan Yusof).

“Pengurus pasukan (Allahyarham Datuk Harun Idris) masih meletakkan saya sebagai penjaga gol utama menent4ng Maghribi. Mungkin kerana kurang meyakini kemampuan Fung Kee yang ketika itu tidak sampai 10 kali bermain untuk pasukan negara,” ujar Wong Kam Fook yang pernah menjulang Piala Malaysia 1970 bersama Perak.

Mengenai Oscar Wong, Kam Fook berkata, “Dia masih menunggu peluang bermain sebagai penjaga gol utama. Ketika di Hong Kong, saya dapati dia melangkaui jangkaan awal saya sedangkan dia hanya memberitahu, berminat dengan bola sepak ketika sudah berusia 16 tahun.

“Sebelumnya dia tidak terlibat dengan mana-mana sukan kecuali ada sesekali bermain bola keranjang. Namun seorang penjaga gol tetap perlu saling membantu dengan empat pertahanan di depannya.

“Kena jadi ‘g1la-g1la’ mengawasi kotak penalti anda selain perlu buat keputusan secepat kilat tetapi masih sukar untuk membentuk penjaga gol yang konsisten,” katanya, mengambil contoh pada nama-nama besar antarabangsa seperti Oliver Kahn (Jerman) dan Peter Schmeichel (Denmark).

Sebagai rekod, sebelum menyertai Melaka United, Oscar juga menimba pengalaman di kelab Hong Kong, Dreams Sports Club dan Hong Kong Rangers dari 2017 hingga 2018 selain mewakili Cina Perak dalam Piala Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA).

Oscar masih lagi merupakan penjaga gol pilihan kedua Melaka United di belakang Khairul Fahmi Che Mat.

 

Foto : Bh Online, Google

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*