Chelsea masih berkualiti – Van Dijk

LONDON – Virgil van Dijk menjangkakan Liverpool akan berdepan Chelsea yang berlainan dalam aksi Piala Super UEFA biarpun ketiadaan Eden Hazard yang pernah mencetuskan inspirasi ketika menent4ng skuad Reds musim lalu.

Hazard menjaringkan gol kemenangan 2-1 dalam saingan Piala EFL di Anfield September lalu dan menjaringkan gol pembukaan sewaktu seri 1-1 pada pertembungan Liga Perdana Inggeris tiga hari kemudian.

Bintang sayap itu bagaimanapun meninggalkan Blues untuk beralih ke Real Madrid, menyaksikan Chelsea yang kini dibimbing Frank Lampard tewas 0-4 kepada Manchester United dalam aksi pembukaan Liga Perdana.

Pertahanan Belanda, Van Dijk menyifatkan penghijrahan Hazard itu tetap tidak memberi jalan mudah kepada Liverpool untuk menjulang piala itu di Istanbul awal pagi nanti.

“Hazard merupakan pemain berkualiti dan dia sangat penting bagi mereka, namun saya rasa mereka masih mempunyai pemain yang berkualiti.

“Saya fikir permainan mereka akan berubah sikit berbanding musim lalu. Kami sentiasa menilai mereka sebagai persediaan menghadapinya.

“Apa yang berlaku pada musim lalu tidak akan mempengaruhi kami pada perlaw4nan akan datang. Ini akan menjadi pertembungan baharu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*